Tempat menarik di Cameron Highland !


1. Agro Technology Park MARDI
Agro-Technology Park MARDI ni merupakan sebuah tempat penyelidikan agricultural dan telah dibuka dan diuruskan oleh institut kerajaan.Agro Park ini mempunyai keluasan dalam 42 hektar dan pengunjung boleh melihat sendiri keindahan alam semula jadi kerana disini mempunyai pelbagai jenis kebun bunga,tapak penyemaian, ladang dan juga tempat terdapat penanaman kecil untuk pokok teh.Untuk memasuki Agro-Technology Park Mardi ini dikenakan bayaran. Untuk dewasa ialah RM 5 dan kanak-kanak ialah RM 3.Waktu operasi pula dibuka setiap hari kecuali hari isnin.

Image result for agrotechnology park cameron highlands


2. Taman rama - rama
Jika anda ke Cameron Highland, berkunjunglah ke taman rama-rama yang terletak di KEA Farm Cameron Highland. Disini terdapat pelbagai jenis rama-rama yang pelik dan juga yang cantik Anda pasti akan teruja apabila dapat melihat rama-rama yang banyak dan cantik ini. Taman rama-rama ini dibuat seperti mini zoo ini yang terletak lebih kurang 4 km selepas Bandar Brinchang dan 6km daripada Tanah Rata. Taman rama-rama ini sangat sesuai untuk membawa anak-anak anda dan juga sesuai untuk membuat lawatan sambil belajar. Harga tiket untuk masuk di taman rama-rama ini hanya RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak.
Image result for taman rama rama cameron highlands

Image result for taman rama rama cameron highlands


3. Ladang Teh Boh
 Bagi anda yang penggemar teh dan juga suka akan kehijauan alam semulajadi. Cameron Highland merupakan destinasi terbaik untuk anda kerana disana mempunyai ladang teh yang sangat besar. Antara ladang teh yang menjadi tarikan adalah ladang teh BOH. Apabila anda berada di ladang teh ini, anda boleh juga mencuba memetik daun teh ! Keluasan ladang teh ini adalah di dalam 8000 ekar,sangat besar! Ladang teh BOH ini juga merupakan ladang teh yang terbesar di Asia Tenggara. Untuk memasuki ladang teh ini tiada dikenakan bayaran dan ladang teh ini dibuka setiap hari kecuali hari isnin dari pukul 9.30 pagi sehingga 4.30 ptg.

Image result for ladang teh boh cameron highlands

Image result for ladang teh boh cameron highlands



4. Big Red Strawberry Farm
Big Red Strawberry ini terletak berhampiran dengan Cactus Valley. Ladang strawberry ini dikenali sebagai Taman Agro Tourism Cameron Highland! Disini merupakan tempat yang sangat lengkap kerana mempunyai tempat untuk berehat bagi mereka yang sudah keletihan berjalan di ladang strawberry ini dan anda juga boleh menikmati alam sekitar yang sangat tenang dengan suasana yang nyaman dan sejuk. Big Red Strawberry dibuka pada 8.30 pagi sehingga ke 4.30 petang setiap hari. Selain itu,anda juga boleh memetik sendiri buah strawberry, tetapi harganya lebih mahal berbanding anda beli yang sudah siap dibungkus.


Image result for Big Red Strawberry Farm cameron highlands

Image result for Big Red Strawberry Farm cameron highlands


5. Lavendar Garden
Lavender garden yang terletak di Cameron Highland ini telah dibuka pda tahun 2013. Terdapat banyak pokok lavender dan juga terdapat pokok bunga jenis yang lain antaranya mawar,daisy, camelia dan sebagainya.Untuk melawat di Lavender ini, bayaran akan dikenakan iaitu RM 5 untuk dewasa dan RM 3 untuk kanak-kanak. Lavender Garden dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 6 malam dan pada hujung minggu pula dibuka pada 9 pagi hingga 7 malam. Anda juga boleh membeli cenderahati apabila berada disini yang kebanyakannya berasaskan pokok bunga lavender. Anda juga boleh merasakan ice cream lavender dan juga milk shake strawberry yang segar dan sangat sedap. Lavender garden ini terletak di antara Kuala Terla dan Tringkap

Image result for lavender garden cameron highlands

Image result for lavender garden cameron highlands


6. Bee Farm 
Bee Farm sangat dengan  Kea Farm dan terletak dekat sangat dengan Equatorial Resort. Disini tempatnya sangat menarik untuk anda lawati terutamanya bagi kanak-kanak.  Bee Farm mempunyai muzium  mini, pasar sayuran dan juga tapak permainan untuk kanak-kanak.Disamping itu juga, anda boleh melihat sendiri madu yang dihasilkan oleh lebah di sini dan anda boleh membeli madu yang sangat fresh. Tiada dikenakan bayaran jika anda ingin memasuki di bee farm ini dan akan dibuka setiap hari dari pagi hingga pada malam hari.

Image result for bee farm cameron highlands

Image result for bee farm cameron highlands


7. Cactus Valley
Jika anda menyukai pokok kaktus, anda bolehlah berkunjung di Cactus Valley ini kerana di sini mempunyai pelbagai jenis pokok kaktus yang mungkin ada yang anda tidak pernah lihat. Malahan, di cactus valley ini dikatakan mempunyai pokok kaktus yang berusia 60 tahun ! Di cactus valley ini bukan sahaja mempunyai pokok kaktus, tetapi juga mempunyai pelbagai jenis pokok bunga yang boleh anda lihat.Selain daripada pokok bunga, terdapat juga pokok epal yang boleh anda lihat sendiri cara penanaman pokok epal. Cactus Valley ini dibuka setiap hari dari pukul 8pagi sehingga ke pukul 6 petang dan untuk masuk dikenakan bayaran ialah RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

Image result for cactus valley cameron highlands malaysia

Image result for cactus valley cameron highlands malaysia









Comments

Popular posts from this blog

Indahnya Melancong di Malaysia !

Apa itu Pelancongan?