Posts

Showing posts from 2016

Tempat menarik di Cameron Highland !

Image
1. Agro Technology Park MARDI Agro-Technology Park MARDI ni merupakan sebuah tempat penyelidikan agricultural dan telah dibuka dan diuruskan oleh institut kerajaan.Agro Park ini mempunyai keluasan dalam 42 hektar dan pengunjung boleh melihat sendiri keindahan alam semula jadi kerana disini mempunyai pelbagai jenis kebun bunga,tapak penyemaian, ladang dan juga tempat terdapat penanaman kecil untuk pokok teh.Untuk memasuki Agro-Technology Park Mardi ini dikenakan bayaran. Untuk dewasa ialah RM 5 dan kanak-kanak ialah RM 3.Waktu operasi pula dibuka setiap hari kecuali hari isnin. 2. Taman rama - rama Jika anda ke Cameron Highland, berkunjunglah ke taman rama-rama yang terletak di KEA Farm Cameron Highland. Disini terdapat pelbagai jenis rama-rama yang pelik dan juga yang cantik Anda pasti akan teruja apabila dapat melihat rama-rama yang banyak dan cantik ini. Taman rama-rama ini dibuat seperti mini zoo ini yang terletak lebih kurang 4 km selepas Bandar Brinchang dan 6...

Indahnya Melancong di Malaysia !

Image
Di Malaysia, industri pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan negara yang diperoleh melalui pengaliran masuk wang asing. Malaysia juga terkenal dengan destinasi hub halal dan menjadi tumpuan pelancong asing terutamanya, Asia Barat, Timur Tengah dan Asia Tenggara. Keindahan panorama dengan pasir yang memutih dan laut yang membiru sering menggamit pelancong datang ke negara ini. Buktinya, industri pelancongan Malaysia merekodkan purata kemasukan pelancong asing sebanyak dua juta setahun. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan di Malaysia. Usaha yang pertama ialah kerajaan perlu menyediakan prasarana yang mencukupi, selesa, jimat dan mudah. Hal ini demikian kerana, kemudahan ini memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pelancong. Sebagai contoh, kementerian pengangkutan bekerjasama dengan kementerian pelancongan untuk menyediakan perkhidmatan seperti bas dan teksi dengan kadar yang berpatutan serta cekap dan efisi...

Apa itu Pelancongan?

Pengenalan Pelancongan adalah gerakan sementara manusia ke destinasi lain di luar tempat kerja dan tempat tinggalnya yang biasa, kegiatan yang mereka lakukan selama tinggal di destinasi tersebut dan kemudahan yang disediakan untuk memenuhi keperluan mereka. Pelancongan dianggap sebagai satu kemewahan, ini kerana hanya segelintir orang yang mempunyai masa dan wang sahaja mampu melancong. Waktu senggang yang banyak, ekonomi yang semakin baik, kemudahan pengangkutan yang sempurna telah bergabung untuk membolehkan lebih banyak orang pergi melancong (Matthieson dan Wall, 1991). Dalam konteks dunia hari ini, pelancongan merupakan salah satu kegiatan ekonomi dan sosial yang semakin penting. Jumlah pelancong dalam negeri dan antarabangsa semakin meningkat malah, beberapa buah negara di dunia kini memajukan sektor pelancongan sebagai sektor utama yang menjana pendapatan negara (Inskeep, 1996). Pelancongan juga merupakan sektor yang melibatkan peranan yang saling kaitan antara piha...